Afrika sedang 'terbelah', lautan baharu bakal terbentuk

EAR bermula kira-kira 25 juta tahun lalu dan bermula di 'persimpangan tiga plat tektonik' Afar. - Foto Agensi
EAR bermula kira-kira 25 juta tahun lalu dan bermula di 'persimpangan tiga plat tektonik' Afar. - Foto Agensi
A
A
A

PARA saintis mendedahkan Afrika sedang terpisah di sepanjang rekahan besar yang akhirnya akan membentuk lautan baharu.

Kajian terbaharu menunjukkan perubahan itu dijangka mengambil masa jutaan tahun kerana ia berlaku pada kadar perlahan iaitu hanya beberapa milimeter setiap tahun.

"Ia merupakan proses geologi penting yang akan membentuk masa depan benua itu," menurut laporan Newsweek.

Proses itu dikatakan berlaku di sepanjang Rekahan Afrika Timur (EAR) yang mana bahagian timur (Plat Somalia) sedang menjauhi Plat Nubia yang membentuk sebahagian besar benua berkenaan.

Di bahagian utara pula, Plat Nubia dan Somalia sedang terpisah dari Plat Arab yang menghasilkan sistem rekahan berbentuk Y.

Ketiga-tiga plat tersebut bertemu di wilayah Afar, Ethiopia yang digelar saintis sebagai 'persimpangan tiga plat tektonik'.

EAR bermula kira-kira 25 juta tahun lalu dan bermula di 'persimpangan tiga plat tektonik' Afar dan membentang kira-kira 3,500 kilometer dari Laut Merah ke Mozambique.

Cabang timurnya melalui Ethiopia dan Kenya manakala bahagian barat melengkung dari Uganda ke Malawi.

Ahli geofizik di Virgina Tech, D Sarah Stamps berkata, lautan baharu diramalkan terbentuk di bahagian utara yang mengalami kadar perubahan lebih cepat.

Artikel Berkaitan:

Secara purata, plat tektonik bergerak menjauhi antara satu sama lain pada kadar kira-kira 0.28 inci setahun, namun ia tetap memberi impak kepada kehidupan manusia iaitu peningkatan risiko gempa bumi dan aktiviti vulkanik. - Agensi

 

Ringkasan AI

  • PARA saintis mendedahkan Afrika sedang terpisah di sepanjang rekahan besar yang akhirnya akan membentuk lautan baharu
  • Kajian terbaharu menunjukkan perubahan itu dijangka mengambil masa jutaan tahun kerana ia berlaku pada kadar perlahan iaitu hanya beberapa milimeter setiap tahun
  • Proses itu berlaku di sepanjang Rekahan Afrika Timur dimana bahagian timur (Plat Somalia) sedang menjauhi Plat Nubia
  • Di bahagian utara, Plat Nubia dan Somalia sedang terpisah dari Plat Arab menghasilkan sistem rekahan berbentuk Y
  • Secara purata, plat tektonik bergerak menjauhi antara satu sama lain pada kadar kira-kira 0.28 inci setahun, menimbulkan risiko gempa bumi dan aktiviti vulkanik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!