Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Siput

Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas ketika menembak ikan berhampiran Jeti Kampung Mesapat, Sungai Siput. Gambar hiasan
Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas ketika menembak ikan berhampiran Jeti Kampung Mesapat, Sungai Siput. Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas hilang ketika melakukan aktiviti menembak ikan berhampiran Jeti Kampung Mesapat, Sungai Siput, sejak Selasa lepas.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, kehilangan mangsa berusia 48 tahun dan dikenali sebagai 'Bujang' itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput pada Khamis.

"Bertindak daripada makluman pihak polis, kami telah menjalankan pencarian bermula dari 11 pagi hingga 7 malam dari kawasan mangsa disyaki hilang hingga Taman Rekreasi JPS Kuala Kangsar meliputi jarak sekitar 15 kilometer (km).

"Operasi turut melibatkan enam bot dari JBPM, polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain 26 anggota daripada ketiga-tiga agensi,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Shazlean berkata, operasi pencarian pada hari ini diteruskan melibatkan jarak kira-kira 14 kilometer, bermula dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sehingga ke Victoria Bridge, Kuala Kangsar.

"Operasi bermula sekitar jam 8 pagi dengan pencarian dilakukan secara pencarian di permukaan  menggunakan dua bot JBPM yang bergerak dari Victoria Bridge hingga tempat kejadian mangsa dilaporkan hilang," katanya. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga Indonesia hilang ketika menembak ikan berhampiran Jeti Kampung Mesapat, Sungai Siput
  • Kehilangan mangsa berusia 48 tahun dilaporkan di IPD Sungai Siput
  • Operasi pencarian meliputi jarak sekitar 15 kilometer dari kawasan mangsa disyaki hilang
  • Enam bot dan 26 anggota terlibat dalam operasi pencarian
  • Operasi pencarian diteruskan melibatkan jarak kira-kira 14 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!