KPDNHEP Kubang Pasu rampas 400 liter diesel

A
A
A

KUBANG PASU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kubang Pasu merampas lebih kurang 400 liter minyak diesel.

Ketua Cawangan KPDNHEP Kubang Pasu, Muhammad Amir Abdullah berkata, minyak berkenaan dirampas daripada sebuah lori muatan tiga tan.

Katanya, pihaknya turut menahan bersama dua lelaki warga tempatan yang mengendalikan lori berkenaan.

"Kejadian berlaku di sebuah stesen minyak Changlun dan siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki dokumen atau kebenaran memiliki barang kawalan dari pengawal bekalan," katanya.

Muhammad Amir berkata, bekalan minyak diesel yang dibeli itu adalah untuk kegunaan pertanian dengan nilai sitaan keseluruhan barangan berjumlah RM10,820.

"Kedua-dua suspek berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dan tindakan juga dikenakan ke atas pemilik stesen minyak tersebut kerana kegagalan mematuhi arahan pengawal bekalan," katanya.

"Kita turut mengambil keterangan daripada pemilik stesen minyak berkenaan bagi tujuan siasatan.

"Sitaan ke atas minyak diesel dan lori telah dilakukan oleh pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat bawah akta kawalan bekalan 1961 dan peraturan kawalan bekalan 1974 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi orang perseorangan," katanya.

Tambah Muhammad Amir, bagi pemilik stesen minyak pula beliau akan didenda tidak melebihi RM200,000.