[VIDEO] 42 tahun berkhidmat ATM, bekas PAT mahu jawab tuduhan, bersihkan namanya - Peguam

A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam memaklumkan bahawa bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mahu membersihkan namanya daripada pertuduhan dihadapi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Abdul Aziz Hamzah berkata, anak guamnya yang telah berkhidmat selama 42 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk hadir ke mahkamah dan menjawab segala pertuduhan berkenaan.

"Beliau berdepan empat pertuduhan kesemuanya, dua di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), satu pertuduhan di bawah Seksyen 409 dan satu lagi di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

"Jadi beliau hadir ke mahkamah hari ini untuk menjawab semua pertuduhan tersebut dan membersihkan namanya," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Mohd Nizam ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Mohd Nizam ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, anak guamnya itu menghadapi masalah kesihatan namun tidak mendedahkan keadaan itu.

"Mengenai perkara itu, beliau mempunyai masalah kesihatan tetapi ia sulit, saya tidak boleh kongsikan apa-apa," ujarnya lagi.

Terdahulu, Mohd Nizam, 60, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua kes guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM552,481.90 dan masing-masing satu pecah amanah Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) membabitkan RM3 juta dan menerima RM200,000 sejak 2024 lalu.

Artikel Berkaitan:

Bekas PAT ke-23 itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad dan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM180,000.

Ringkasan AI

  • Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaffar ingin membersihkan namanya daripada pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Beliau berdepan empat pertuduhan berkaitan rasuah dan pecah amanah Mohd Nizam telah berkhidmat selama 42 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia Menghadapi masalah kesihatan namun keadaannya dirahsiakan Mengaku tidak bersalah dan membayar jaminan sebanyak RM180,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!