155 rakyat Thailand lagi dibenar pulang susulan PKP

Rakyat Thailand diberi cecair pembasmi kuman sebelum dibenarkan melepasi sempadan untuk pulang ke negara itu.
Rakyat Thailand diberi cecair pembasmi kuman sebelum dibenarkan melepasi sempadan untuk pulang ke negara itu.
A
A
A

PADANG BESAR - Kerajaan Thailand sekali lagi membenarkan 155 rakyatnya yang bekerja di Malaysia pulang ke negara Gajah Putih itu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, di sini petang semalam.

Ia kebenaran kali kedua yang diberikan Thailand selepas seramai 280 rakyat negara itu dibenarkan pulang Sabtu lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, hanya seramai 155 rakyat Thailand yang dibenarkan polis untuk melintasi negara ini untuk pulang ke Thailand.

Beliau berkata, tiada penahanan dilakukan disebabkan kemasukan dan perjalanan kesemua rakyat Thailand itu mendapat kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Seramai 155 rakyat Thailand dibenarkan pulang ke negara Gajah Putih itu melalui ICQS Wang Kelian petang semalam.
Seramai 155 rakyat Thailand dibenarkan pulang ke negara Gajah Putih itu melalui ICQS Wang Kelian petang semalam.



[ARTIKEL BERKAITAN] - Rakyat Thailand terkandas di sempadan Wang Kelian dibenar pulang

Terdahulu, mereka terdiri daripada nelayan di Pantai Remis, Perak tiba di Pos Imigresen Wang Kelian dengan menaiki empat buah bas persiaran kira-kira jam 6.20 petang.

Kesemua rakyat Thailand terbabit menjalani pemeriksaan suhu badan terlebih dahulu dan diberi cecair pembasmi kuman sebelum dibenarkan melepasi sempadan kira-kira jam 6.45 petang.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 280 rakyat Thailand yang terkandas di ICQS Wang Kelian selama 10 jam sejak jam 6 pagi Sabtu lepas kemudiannya dibenarkan pulang ke negara itu.

Artikel Berkaitan: