Tiada kompromi isu keselamatan murid, warga sekolah - Fadhlina

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah rendah di Selangor, baru-baru ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kejadian tersebut juga sudah berada dalam siasatan pihak polis.
"Saya mengambil perhatian penuh kejadian tular kecederaan murid di sebuah sekolah rendah di negeri Selangor baru-baru ini.
"Tiada kompromi dalam isu keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah. Semua pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri diminta untuk memastikan aspek keselamatan di sekolah terpelihara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini tular di media sosial seorang bapa mendakwa anaknya merupakan murid Darjah Satu ditampar di bahagian muka oleh seorang rakan sekelas kerana berjalan terlalu perlahan ke tandas.
Bapa murid berkenaan memaklumkan, anaknya mengalami kecederaan yang serius pada bahagian muka.
Ringkasan AI
- Jabatan Pendidikan Negeri Selangor siasat kes murid cedera ditampar di sekolah rendah
- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek nyatakan kejadian sedang disiasat polis
- Tiada kompromi dalam isu keselamatan murid, guru, dan warga sekolah
- Semua pentadbir diminta pastikan keselamatan terpelihara
- Kejadian tular murid Darjah Satu ditampar sebab berjalan lambat ke tandas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

