X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

Ringgit diniagakan tinggi pada pembukaan

A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini dalam persekitaran sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Pada jam 9.01 pagi, unit tempatan berada pada 4.3200/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3250/3400 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata, sentimen risiko tempatan dijangka lebih baik hari ini, berikutan pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) semalaman dan harga minyak yang meningkat.

Ringgit turut mendapat dorongan daripada data terkini dari China yang menyaksikan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan rasmi bagi Mac meningkat semula dengan kukuh kepada 52.0 daripada 35.7 pada Februari.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0331/0453 daripada 3.0342/0450 semasa ditutup semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.9786/9936 daripada 4.0098/0249.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.7593/7776 daripada 4.7869/8052 semalam dan naik berbanding pound kepada 5.3261/3464 daripada 5.3569/3764 sebelum ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!