X

Kindly register in order to view this article
!

Positif Covid-19 melebihi 10,000 kes jika tiada PKP

Anggota tentera membantu pihak polis ketika mengadakan sekatan jalan raya bagi memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Gambar kecil: Haliza Abdul Rahman
A
A

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya mengekang penularan jangkitan Covid-19 daripada tersebar pantas dalam kalangan rakyat.

Pensyarah Jabatan Persekitaran dan Pekerja, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, sekiranya PKP tidak dilaksanakan, angka kes positif Covid-19 di negara ini akan melebihi 10,000 kes.

“Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang di Amerika Syarikat kerana mereka tidak berbuat apa-apa untuk mengekang penularan Covid-19 lebih awal.

“Di Malaysia, kita mendapat pujian antarabangsa di atas pelaksanaan PKP berbanding negara lain seperti Itali dalam usaha mengekang penularan wabak.

“PKP sangat bagus memandangkan budaya hidup masyarakat kita suka balik kampung, lepak kedai mamak dan melakukan aktiviti berkumpulan.

"Jika tiada sekatan, pasti ramai yang akan balik kampung,” katanya.

Beliau berkata, meskipun 97 peratus rakyat negara ini patuh terhadap PKP, namun ia tidak menggambarkan kadar pematuhan di semua kawasan terutama di zon merah.

Menurutnya, PKP turut memberi kesan kepada mental dan emosi dan psikologi rakyat kerana kebanyakan generasi hari ini lahir selepas peristiwa 13 Mei.

“Mereka tidak pernah mengalami situasi perintah berkurung di dalam rumah selain berdepan masalah ekonomi seperti penjaja kecil.

“Inisiatif kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin sangat bagus walaupun ada pihak yang tidak berpuas hati,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus