Kanak-kanak cedera kaki tersepit 'sprocket' motosikal

Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun mengalami kecederaan pada kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Pisang, Ayer Itam pada Rabu.
Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun mengalami kecederaan pada kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Pisang, Ayer Itam pada Rabu.
A
A
A

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan pada kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal di Jalan Kampung Pisang, Ayer Itam pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.33 malam itu, motosikal jenis Yamaha LC 135 yang ditunggang seorang lelaki dipercayai terbabas ke bahu jalan, menyebabkan pembonceng kanak-kanak tersebut tersepit kaki di bahagian 'sprocket' motosikal berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera tiba di lokasi empat minit kemudian dengan kekuatan lapan anggota termasuk penyelia melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas segera melakukan penilaian awal dan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas penyelamatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kaki kanak-kanak tersebut cedera selepas tersangkut dalam 'sprocket' motosikal yang dinaikinya.
Kaki kanak-kanak tersebut cedera selepas tersangkut dalam 'sprocket' motosikal yang dinaikinya.

Tambah beliau, kaki mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 7.44 malam.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dibawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Sementara itu, penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an juga mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Ujar beliau, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.50 malam selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika menunggang motosikal terutamanya melibatkan kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya lagi.

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan pada kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Pisang, Ayer Itam
  • Motosikal jenis Yamaha LC 135 terbabas menyebabkan kaki kanak-kanak tersepit di bahagian 'sprocket'
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan
  • Kaki mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada jam 7.44 malam dan dihantar ke hospital bersama penunggang motosikal yang juga cedera
  • Operasi penyelamat berakhir pada jam 7.50 malam dengan keadaan disahkan selamat dan terkawal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!