Mesej WhatsApp tular dakwa MOF tawar STR, SARA RM600 kepada bujang adalah palsu

MOF tegaskan pesanan WhatsApp tular mengenai permohonan dan bayaran STR serta SARA RM600 bagi bujang adalah palsu. Gambar hiasan
MOF tegaskan pesanan WhatsApp tular mengenai permohonan dan bayaran STR serta SARA RM600 bagi bujang adalah palsu. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa pesanan WhatsApp tular berkaitan permohonan dan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 bagi kategori bujang adalah palsu.

MOF menerusi hantaran di laman X rasmi memaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan atau bayaran bantuan STR dan SARA dibuat melalui WhatsApp.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuka pautan yang mencurigakan atau berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali.

"Untuk maklumat sahih dan terkini, sila rujuk saluran rasmi MOF sahaja,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, tular satu pesanan palsu di WhatsApp yang bertajuk ‘STR Bujang 2026 - Permohonan & Bayaran Bantuan SARA RM600 Untuk Yang Layak’.

Penyaluran STR Fasa 1 bagi tahun ini yang bermula semalam melibatkan peruntukan RM1.1 bilion dan memberi manfaat kepada 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tanpa pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kelayakan.

Sementara itu, SARA bulanan berjumlah RM50 hingga RM200 disalurkan bermula 9 Jan lepas kepada 8.1 juta penerima, terdiri daripada 3.7 juta isi rumah, 3.1 juta penerima kategori bujang dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pesanan WhatsApp tular mengenai permohonan dan bayaran STR serta SARA RM600 bagi bujang adalah palsu
  • MOF menyatakan tiada permohonan atau bayaran bantuan STR dan SARA dibuat melalui WhatsApp
  • Orang ramai dinasihatkan tidak membuka pautan mencurigakan atau berkongsi maklumat peribadi dengan tidak dikenali
  • Maklumat sahih hanya boleh dirujuk dari saluran rasmi MOF
  • Penyaluran STR Fasa 1 termasuk bayaran antara RM100 hingga RM500 kepada penerima layak; SARA disalurkan RM50 hingga RM200 sejak 9 Jan kepada penerima layak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!