Penganggur mengaku tidak bersalah bakar enam rumah

Jefery mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membakar enam buah rumah di Kampung Johan Setia dekat sini, minggu lepas. Foto Bernama
Jefery mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membakar enam buah rumah di Kampung Johan Setia dekat sini, minggu lepas. Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Seorang penganggur pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membakar enam buah rumah di Kampung Johan Setia dekat sini, minggu lepas.

‎Jefery Johar, 44, yang berdepan enam pertuduhan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarifah Hascindie Syed Omar.

‎Dia didakwa melakukan khianat menggunakan bahan api dengan membakar rumah milik enam penduduk tempatan sekitar jam 2 hingga 2.30 petang pada 13 Januari lepas mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Antara rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Johan Setia pada 13 Januari lepas.
Antara rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Johan Setia pada 13 Januari lepas.

‎Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes itu tertakluk kepada kesalahan yang tidak boleh dijamin.

‎‎"Bagaimanapun, jika mahkamah ingin menggunakan kuasa budi bicara saya mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan," katanya.

‎Jefery, yang tidak diwakili peguam, tidak membuat sebarang rayuan untuk dibenarkan jaminan.

‎Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac depan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur mengaku tidak bersalah membakar enam buah rumah di Kampung Johan Setia
  • Jefery Johar, berumur 44 tahun, berdepan enam pertuduhan pembakaran
  • Dia didakwa atas dasar khianat menggunakan bahan api pada 13 Januari
  • Kesalahan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda
  • Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!