Kanak-kanak lima tahun maut tercekik biji rambutan

KEMAMAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas tercekik biji rambutan dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Neram 1 di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mangsa sedang makan buah rambutan bersama kakaknya yang berusia enam tahun.
Menurutnya, kakak mangsa telah mengupas buah rambutan sebelum memberikannya kepada mangsa dan mereka makan bersama.
"Ketika sedang makan, tiba-tiba suara mangsa tersekat-sekat dipercayai akibat biji rambutan yang dimakan tersangkut di kerongkong," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang hari sama.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disahkan akibat tercekik (choked) dan doktor turut mengesahkan terdapat biji rambutan di dalam kerongkong mangsa," ujarnya.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas tercekik biji rambutan di Felda Neram 1, Kemaman
- Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mangsa sedang makan buah rambutan bersama kakaknya
- Kakak mangsa mengupas buah rambutan sebelum memberikannya kepada mangsa untuk dimakan bersama
- Mangsa tersedak biji rambutan yang tersangkut di kerongkong ketika sedang makan
- Mangsa disahkan meninggal di Hospital Kemaman akibat tercekik, dengan biji rambutan di dalam kerongkong
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
