Inkues Zara Qairina bersambung hari ini, pengetua dipanggil semula

Allahyarham Zara Qairina
Allahyarham Zara Qairina
A
A
A

KOTA KINABALU – Inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung hari ini, dengan pengetua sekolah tempat remaja itu belajar dipanggil semula untuk memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini.

Difahamkan, selain pengetua, beberapa saksi lain turut dipanggil termasuk ketua warden asrama, saksi kanak-kanak serta beberapa saksi baharu.

Prosiding dijadualkan bermula pada jam 9 pagi dan akan didengar oleh Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

Setakat ini, seramai 57 saksi termasuk saksi kanak-kanak telah dipanggil untuk memberikan keterangan sepanjang prosiding inkues tersebut.

Inkues berkenaan sebelum ini ditangguhkan pada 5 Disember lalu bagi memberi laluan kepada perbicaraan melibatkan lima remaja yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina di Mahkamah Kanak-Kanak, yang dijalankan pada minggu berikutnya.

Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Pasukan peguam mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Sementara itu, peguam yang mewakili bapa Zara, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Bagi saksi kanak-kanak pertama, pasukan peguam ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala saksi kanak-kanak kedua hingga keempat diwakili Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.

Artikel Berkaitan:

Prosiding turut dikendalikan oleh pasukan pegawai pengendali daripada Jabatan Peguam Negara yang terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

Ringkasan AI

  • Inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung dengan pengetua sekolah remaja itu dipanggil untuk beri keterangan
  • Selain pengetua, beberapa saksi lain termasuk ketua warden asrama dan saksi kanak-kanak dipanggil
  • Seramai 57 saksi telah dipanggil untuk beri keterangan sepanjang prosiding inkues
  • Inkues sebelum ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perbicaraan melibatkan lima remaja
  • Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama dan disahkan meninggal keesokan harinya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!