Kubur diceroboh, tengkorak lelaki 'dicuri' individu tidak dikenali

SERANG - Penduduk kampung gempar selepas jasad dalam sebuah kubur dilarikan setelah liang lahad itu digali semula individu tidak dikenali.
Pihak berkuasa memaklumkan mereka menerima aduan tentang insiden itu yang berlaku di TPU Kampung Gardu Junti, Kecamatan Jawilan, Kabupaten Serang, Banten di Indonesia.
"Kubur yang menjadi sasaran milik Sajim yang meninggal dunia tujuh tahun lalu. Pelaku turut mengambil tengkorak miliknya," kata Kasat Reskrim Polres Serang AKP Andi Kurniady ES.
Menurutnya, pasukan yang dikerahkan ke lokasi kejadian mendapati pusara tersebut dibiarkan terbuka.
"Siasatan lanjut telah dijalankan untuk memastikan motif pelaku dan menentukan sama ada unsur jenayah. Beberapa individu termasuk anak allahyarham telah dipanggil untuk memberikan keterangan.
"Batu nisan dan buluh telah diambil sebagai bahan bukti. Garisan polis juga sudah dipasang bagi mengelakkan ia menjadi tumpuan orang ramai," jelasnya lagi. - Agensi
Ringkasan AI
- Jasad dalam kubur Sajim yang meninggal tujuh tahun lalu digali dan dilarikan oleh individu tidak dikenali
- Kejadian di TPU Kampung Gardu Junti, Kecamatan Jawilan, Kabupaten Serang, Banten, Indonesia
- Pelaku turut mengambil tengkorak milik Sajim
- Pasukan yang dikerahkan mendapati pusara dibiarkan terbuka
- Siasatan lanjut dijalankan untuk memastikan motif dan unsur jenayah, beberapa individu termasuk anak almarhum dipanggil untuk keterangan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

