Pengawal keselamatan sekolah cedera dilibas gajah, hampir dipijak

Abdul Rahman menunjukkan kecederaan pada tangannya dan luka pada kaki akibat diserang gajah di hadapan sekolah di Bandar Sri Perani, Kota Tinggi.
Abdul Rahman menunjukkan kecederaan pada tangannya dan luka pada kaki akibat diserang gajah di hadapan sekolah di Bandar Sri Perani, Kota Tinggi.
A
A
A

KOTA TINGGI – [DIKEMAS KINI] Seorang pengawal keselamatan yang memulakan tugasnya Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Perani, Bandar Sri Perani, di sini, cedera selepas diserang seekor gajah liar pada pagi Selasa.

Seorang pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Perani, Bandar Sri Perani, di sini cedera selepas diserang seekor gajah liar memulakan tugasnya pagi Selasa.

Mangsa, Abdul Rahman Ahmad, 62, berkata, kejadian pada kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku secara mengejut apabila seekor gajah dewasa dan bergading berkenaan secara tiba-tiba datang dari arah belakang.

“Saya cuba mengelak dan melarikan diri tetapi tidak sempat sebelum terjatuh dan tergolek ke dalam longkang akibat terkena libasan belalai gajah itu.

“Mujur saya tidak dipijak gajah berkenaan, jika tidak mungkin keadaan akan jadi bertambah buruk,” katanya.

Akibat kejadian itu, Abdul Rahman mengalami kecederaan pada jari tangan kanan, kaki kiri serta bengkak di bahagian pinggang.

Dia kemudiannya dibantu oleh ibu bapa yang sedang menghantar anak ke sekolah sebelum menerima rawatan dan jahitan di Hospital Kota Tinggi.

Warga emas yang telah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan selama 12 tahun itu berkata, kehadiran kumpulan gajah dianggarkan antara tujuh hingga 20 ekor semakin kerap memasuki kawasan sekolah sejak kebelakangan ini.

“Selain merosakkan pagar sekolah, gajah-gajah ini turut menceroboh kebun kelapa sawit dan memusnahkan tanaman penduduk seperti pisang dan tebu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, malam sebelum kejadian, kumpulan gajah sama dilaporkan merosakkan tanaman penduduk kira-kira 200 meter dari sekolah, namun serangan pagi Isnin merupakan kejadian pertama melibatkan kecederaan penduduk.

Sementara itu, penduduk setempat, Aman Yosof berkata, kumpulan gajah tersebut lazimnya berkeliaran di kebun kelapa sawit berhampiran serta memakan hasil tanaman penduduk.

“Setakat in, kumpulan gajah ini tidak pernah menyerang penduduk, hanya merosakkan tanaman.

"Kami berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dapat mengambil tindakan segera bagi menghalau kumpulan gajah ini kembali ke habitat asal,” katanya.

 

Ringkasan AI

  • Pengawal keselamatan diserang gajah liar semasa memulakan tugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Perani
  • Mangsa, Abdul Rahman Ahmad, 62, terkejut diserang dari belakang dan jatuh ke dalam longkang
  • Abdul Rahman mengalami kecederaan pada jari tangan kanan, kaki kiri dan bengkak di pinggang
  • Kehadiran gajah, dianggarkan antara tujuh hingga 20 ekor, semakin kerap memasuki kawasan sekolah
  • Penduduk berharap Perhilitan Johor dapat mengambil tindakan segera bagi menghalau gajah kembali ke habitat asal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!