MINDEF umum empat pelantikan kanan ATM

MINDEF mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
MINDEF mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf Markas ATM yang baharu.

MINDEF dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Januari telah memperkenan pelantikan pegawai-pegawai kanan berkenaan bagi mengisi beberapa jawatan utama ATM, selepas menimbang syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-632 yang bersidang pada 7 Januari lepas.

"Selain itu, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama manakala Mejar Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat yang baharu.

"Leftenan Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin (TUDM) pula dilantik sebagai Ketua Eksekutif MiDAS dengan kesemua pelantikan itu berkuat kuasa pada 1 Jan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan MINDEF itu memaklumkan bahawa integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang bersih merupakan teras utama kepimpinan ATM serta ekosistem pertahanan negara.

"Kepimpinan utama ATM bukan sahaja bertanggungjawab memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi, malah memikul amanah untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara, tanpa kompromi.

"Barisan kepimpinan baharu ini diyakini mampu memikul harapan besar ini serta berkeupayaan memberikan khidmat dengan penuh wibawa, integriti dan profesionalisme,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pertahanan mengumumkan pelantikan empat pegawai kanan ATM termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf Markas ATM
  • Pelantikan tersebut memperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Januari
  • Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama
  • Mejar Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Jeneral dan dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat
  • Integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang bersih adalah teras utama kepimpinan ATM dan ekosistem pertahanan negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!