[VIDEO] Ujian matrik ukur pencapaian darjah empat bermula tahun ini - PM

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai tahun ini.
Menurut beliau, ujian itu melibatkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
“Mulai tahun 2026, sistem matriks pembelajaran Malaysia akan dikembalikan. Sistem penilaian dan peperiksaan akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan bagi darjah empat.
“Guru-guru ingat, tahun ini ada ujian darjah empat sekolah rendah. Mengapa perlu tunggu darjah enam?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 di sini, pada Selasa.
Menurut Anwar, Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat itu membolehkan murid sekolah rendah lebih bersedia sebelum melangkah ke Tingkatan Satu.
“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu dalam tempoh dua tahun selepas itu, iaitu semasa murid berada di darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk membuat penambahbaikan sebelum memasuki Tingkatan Satu,” katanya.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai tahun ini
- Ujian itu melibatkan lima mata pelajaran utama
- Mata pelajaran tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah
- Ujian penilaian darjah empat akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
- Anwar Ibrahim membuat pengumuman itu ketika menyampaikan ucapan peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

