Nahas pesawat ATR 42-500: Mayat kedua ditemukan di lereng bukit

Pihak berkuasa Indonesia pada Isnin menemukan satu lagi mayat dipercayai mangsa pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan.
Pihak berkuasa Indonesia pada Isnin menemukan satu lagi mayat dipercayai mangsa pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan.
A
A
A

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia pada Isnin menemukan satu lagi mayat dipercayai mangsa pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Mohammad Syafii berkata, mangsa kedua yang dikenal pasti sebagai seorang wanita ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira 2 petang waktu tempatan, lapor Agensi Berita ANTARA.

Beliau berkata, mangsa ditemukan di lereng Bukit Bulusaraung pada anggaran kedalaman 500 meter dari puncaknya, dan usaha membawa keluar mayat sedang dijalankan.

"Identiti sebenar mangsa akan disahkan kemudian oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI),” katanya.

Pada Ahad, mayat mangsa pertama ditemukan di dasar gaung sedalam kira-kira 200 meter di bukit yang sama, selepas misi SAR memasuki hari kedua berikutan kehilangan pesawat dengan pendaftaran PK-THT itu.

Pesawat yang membawa tujuh kru dan tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira tengah hari Sabtu di Daerah Maros semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.

Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Indonesia pada Sabtu mengesahkan pesawat yang hilang itu merupakan pesawat peronda miliknya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa Indonesia menemukan mayat mangsa pesawat ATR 42-500 yang naik di Sulawesi Selatan
  • Mangsa kedua yang ditemukan adalah seorang wanita
  • Mayat ditemukan di lereng Bukit Bulusaraung pada kedalaman 500 meter dari puncaknya
  • Mayat mangsa pertama ditemukan di dasar gaung di bukit yang sama pada hari sebelumnya
  • Pesawat yang terlibat membawa tujuh kru dan tiga penumpang dan terputus hubungan semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!