Selangor kaji penganjuran bazar Ramadan tahun ini

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han - Foto Sumber Internet
Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han - Foto Sumber Internet
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor masih dalam peringkat kajian sama ada penganjuran bazar Ramadan akan diteruskan atau tidak di negeri berkenaan tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, pengumuman bagi perkara tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Kerajaan negeri telah berjumpa dengan semua pengarah pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan pandangan.

"Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan umumkan nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pada 26 Mac lalu, Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan tiada bazar Ramadan di negeri itu pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu terpaksa dibuat bagi menjamin kesihatan rakyat susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: