Warga emas hilang selepas keluar rumah

BALING - Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Batu 7, Jalan Kroh, dekat sini pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintenden Ahmad Salimi Md Ali berkata, warga emas dikenali sebagai Abd Razak Abd Rahman, 88, dikatakan keluar dari rumahnya pada jam 8 pagi Sabtu.
"Warga emas berkenaan dipercayai berjalan meninggalkan rumahnya dan dia dikatakan uzur dan mempunyai masalah ingatan (mudah lupa).
"Ciri-ciri fizikal orang hilang ialah berketinggian 140 sentimeter, berat anggaran 50 kilogram, berambut putih, berkulit coklat, bulu kening halus, berjanggut serta misai putih dan berbadan bongkok," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, aduan mengenai kehilangan warga emas itu telah dibuat oleh waris pada 4.25 petang Sabtu.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga emas hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Batu 7, Jalan Kroh, Baling pada Sabtu
- Warga emas itu berusia 88 tahun dan keluar dari rumahnya pada jam 8 pagi
- Dia mempunyai masalah ingatan dan dipercayai berjalan meninggalkan rumahnya
- Ciri-ciri fizikalnya ialah berketinggian 140 sentimeter, berat 50 kilogram, berambut dan berjanggut serta misai putih
- Aduan kehilangannya dibuat oleh waris pada 4.25 petang Sabtu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
