Kesihatan PM memberangsangkan, mampu teruskan tugasan rasmi - Pengarah HSIS

Anwar (empat dari kiri) dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga dari kanan) bersama kakitangan HSIS, Serdang.
Anwar (empat dari kiri) dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga dari kanan) bersama kakitangan HSIS, Serdang.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan berada pada tahap memberangsangkan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang pada Ahad.

Pengarah HSIS, Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata, keputusan pemeriksaan mengesahkan Perdana Menteri berada dalam keadaan sihat dan mampu meneruskan semua tugasan rasmi seperti telah dijadualkan.

Menurut beliau, pemeriksaan kesihatan berkala itu turut mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan serta kesejahteraan diri sentiasa terpelihara.

"Langkah berkenaan penting bagi menjamin keupayaan Perdana Menteri untuk terus memimpin negara serta menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi," katanya menerusi satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan baik selepas pemeriksaan di HSIS
  • Keputusan pemeriksaan mengesahkan Perdana Menteri sihat dan boleh meneruskan tugasan rasmi
  • Pemeriksaan kesihatan berkala mencerminkan komitmen Perdana Menteri menjaga kecergasan
  • Pemeriksaan penting untuk menjamin kemampuan Perdana Menteri memimpin negara
  • Langkah ini menunjukkan dedikasi Perdana Menteri terhadap amanah rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!