Cadangan tukar nama Jalan Pantai Bersih masih dalam penelitian

Kon Yeow
Kon Yeow
A
A
A

GEORGE TOWN - Cadangan untuk menukar nama Jalan Pantai Bersih di Butterworth masih dalam penelitian Jawatankuasa Nama-Nama Jalan Negeri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jawatankuasa berkenaan sedang menilai setiap permohonan dengan teliti dengan mengambil kira latar belakang sejarah serta kesesuaian nama yang dicadangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Setakat ini, tiada sebarang pengumuman dibuat mengenai penamaan semula mana-mana jalan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas cadangan penamaan semula Jalan Pantai Bersih.

Kenyataan Kon Yeow itu dibuat susulan cadangan dan perancangan untuk menamakan semula jalan berkenaan.

Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang membantah cadangan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng untuk menukar nama Jalan Pantai Bersih di sini, kepada nama Dragon Temple Lane.

Ketuanya, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, pihaknya tidak bersetuju sama sekali dengan cadangan untuk menukar nama Jalan Pantai Bersih seperti yang diminta oleh penasihat DAP itu.

Beliau berkata, tidak kira apa pun alasan yang diberikan, AMK Pulau Pinang menegaskan bahawa nama Jalan Pantai Bersih telah sebati dengan penduduk setempat serta mencerminkan identiti kawasan, sejarah dan memori kolektif masyarakat yang telah lama mendiami kawasan tersebut.

"Sebarang usaha untuk menukar nama jalan yang telah digunakan sejak sekian lama tanpa keperluan mendesak hanya akan mengelirukan penduduk serta menimbulkan ketidakselesaan awam.

"AMK Pulau Pinang berpandangan bahawa tindakan sebegini tidak inklusif, serta langsung tidak munasabah dan tidak mencerminkan keutamaan sebenar rakyat yang lebih memerlukan penyelesaian kepada isu kos sara hidup, perumahan dan kebajikan,"katanya.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Cadangan untuk menukar nama Jalan Pantai Bersih di Butterworth masih dalam penelitian Jawatankuasa Nama-Nama Jalan Negeri
  • Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyatakan jawatankuasa sedang menilai setiap permohonan termasuk latar belakang sejarah sebelum membuat keputusan
  • Tiada pengumuman dibuat mengenai penamaan semula mana-mana jalan setakat ini
  • Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang membantah cadangan penamaan semula Jalan Pantai Bersih kepada Dragon Temple Lane
  • AMK Pulau Pinang menegaskan bahawa nama Jalan Pantai Bersih mencerminkan identiti kawasan serta sejarah dan memori kolektif masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!