Ramai tokoh dijangka kembali melalui penubuhan Rumah Bangsa

Dari kiri: Roslan, Wankasukma, Zubaidah
Dari kiri: Roslan, Wankasukma, Zubaidah
A
A
A

KUALA LUMPUR — Penubuhan Rumah Bangsa dijangka mampu menarik semula tokoh-tokoh berpengaruh untuk kembali bersama UMNO.

Perwakilan UMNO Kerian, Roslan Aminuddin berkata, langkah itu dilihat sebagai ruang pemulihan politik bagi tokoh lama yang pernah meninggalkan parti.

"Yang diucapkan (Presiden UMNO), kita terima dan sambut baik khususnya berkaitan penubuhan sebuah jawatankuasa tersebut.

"Yang lama-lama, yang keluar sekejap. Insya-ALLAH, kita terima (semula mereka)," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas intipati ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Jumaat.

Terdahulu, media melaporkan UMNO menubuhkan sebuah jawatankuasa dirujuk Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk meneliti penyertaan semula mana-mana bekas ahli parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyertaan semula itu boleh dilakukan secara individu atau en bloc.

Seorang perwakilan UMNO Tambun, Wankasukma Abdul Aziz turut bersetuju terhadap cadangan tersebut sambil menegaskan kepentingan mengumpulkan semula tokoh-tokoh berpengaruh.

Beliau turut menyifatkan cadangan itu sebagai langkah tepat demi masa depan dan kelangsungan parti.

Artikel Berkaitan:

Perwakilan lain, Zubaidah Ariffin berkata, ruang untuk tokoh lama kembali sebagai sesuatu yang telah lama ditunggu oleh ahli akar umbi.

"Penyertaan semula tokoh-tokoh berpengaruh melalui platform tersebut mampu mengukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)," ujarnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!