Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Rumah Bangsa bukan amaran kepada parti kerajaan - Wan Rosdy

16 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Rumah Bangsa bukan amaran kepada parti kerajaan - Wan Rosdy

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menolak tafsiran cadangan Penyatuan Rumah Bangsa sebagai amaran kepada rakan dalam Kerajaan Perpaduan. Sebaliknya Menteri Besar Pahang itu menegaskan, cadangan tersebut sebagai pendekatan terbaik untuk penyatuan bangsa dan Melayu khususnya.

"Saya tidak dengar pun Presiden kata amaran. Presiden cuma kata seelok-eloknya, cara yang terbaik ,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.


Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, usaha menarik semula penyertaan mereka yang pernah meninggalkan parti atau tidak lagi menyokong UMNO merupakan antara agenda besar yang sedang diberi perhatian kepimpinan. Menurutnya UMNO bersedia membuka pintu seluas-luasnya kepada individu, termasuk tokoh-tokoh besar parti yang pernah dikenakan tindakan disiplin atau kini berada dalam parti lain untuk kembali bersama demi penyatuan orang Melayu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764309/berita/politik/penyatuan-rumah-bangsa-bukan-amaran-buat-komponen-kerajaan-perpaduan---wan-rosdy

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #perhimpunanAgungUmno2025 #WanRosdy #RumahBangsa