Karangkraf tawar diskaun 15 peratus untuk buku, al-Quran di PAU 2025

KUALA LUMPUR – Karangkraf menawarkan potongan harga sebanyak 15 peratus bagi jualan buku dan al-Quran di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025.
Editor Pemerolehan dan Kandungan Strategik Karangkraf, Sofian Resali berkata, pihaknya mengambil bahagian dengan membuka reruai jualan bahan bacaan ilmiah dan al-Quran sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan yang akan tiba kira-kira sebulan lagi.
Menurutnya, ia merupakan penyertaan kali pertama Karangkraf dalam penganjuran acara tahunan seperti PAU 2025.
“Jadi, kami mengambil peluang ini untuk mempromosikan semua al-Quran terbitan Karya Bestari di reruai Karangkraf dengan pemberian diskaun sebanyak 15 peratus.
“Bukan itu sahaja, kami turut menjual buku kanak-kanak, bacaan umum, novel dan cenderamata. Setakat ini, sambutan yang kami terima daripada pengunjung dan perwakilan PAU 2025 amat menggalakkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Sofian berkata, pihaknya mengambil kesempatan ini untuk mengajak orang ramai berkunjung ke reruai Karangkraf memandangkan PAU 2025 akan menutup tirai pada Sabtu ini.
“Insya-ALLAH, esok dan Sabtu (hari kemuncak perhimpunan), kami harap semua perwakilan UMNO serta orang awam dapat meluangkan masa singgah ke reruai Karangkraf.
“Ini kerana tawaran yang kami sediakan cukup istimewa sempena menyambut ketibaan bulan mulia, bulan Ramadan nanti,” ujarnya.
PAU 2025 yang berlangsung bermula 14 hingga 17 Januari, melibatkan 6,412 ahli parti yang terdiri daripada Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Puteri UMNO dan pemimpin tertinggi.
Ringkasan AI
- Karangkraf menawarkan diskaun 15 peratus untuk buku dan al-Quran sempena PAU 2025 di WTC Kuala Lumpur
- Ini merupakan penyertaan pertama Karangkraf dalam PAU
- Selain al-Quran, terdapat juga buku kanak-kanak, bacaan umum, novel dan cenderamata
- Sambutan daripada pengunjung dan wakil PAU 2025 sangat menggalakkan
- PAU 2025 diadakan dari 14 hingga 17 Januari, melibatkan ahli-ahli UMNO
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

