PAU 2025: UMNO Johor beri kata dua kepada ejen sabotaj, berhenti atau ditinggalkan

ABDUL HALIM
ABDUL HALIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO Johor memberi peringatan tegas kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menggagalkan agenda kemajuan di negeri itu supaya segera menghentikan tindakan tersebut.

Tanpa menyebut pihak yang dimaksudkan, perwakilan Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, partinya tidak teragak-agak untuk meninggalkan pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

“Dalam pada Johor mencipta kejayaan demi kejayaan, memang ada pihak yang rasa terancam baik di dalam..baik di luar..ada yang tidak senang melihat kesenangan orang lain. Ada yang tidak selesa melihat orang lain selesa, ada yang gemar menangguk di air yang keruh, mengaut keuntungan politik daripada setiap kesusahan dan kerugian orang lain.

“Sama ada mereka yang terlalu gopoh mencari kerusi atau yang terlalu ghairah menuntut jawatan dalam kerajaan atau mereka yang membakar sentimen memecah-belahkan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di Johor.

“UMNO Johor memberi kata dua, sekiranya mereka memilih menjadi batu penghalang dan terus berperanan kepada ejen sabotaj yang menggagalkan agenda kemajuan bangsa Johor dan negara, maka mereka harus sedar bahawa Johor dan UMNO tidak akan berhenti melangkah ke hadapan dan sebaliknya mereka akan kami tinggalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, UMNO Johor tidak tidak mahu terjebak dengan sebarang polemik sempit yang tidak membawa nilai kepada kemajuan negeri dan orang Melayu.

“Pendirian kami di Johor adalah jelas dan berprinsip,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan, Johor juga menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk menentukan hala tuju dan kerjasama yang ingin dibentuk nanti.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • UMNO Johor memberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba menggagalkan agenda kemajuan di negeri tersebut
  • Parti tersebut tidak akan teragak-agak meninggalkan pihak yang tidak bertanggungjawab
  • UMNO Johor menegaskan komitmennya untuk terus maju tanpa membiarkan diri terhalang oleh ejen sabotaj
  • Abdul Halim Suleiman menekankan pandangan UMNO Johor yang tidak mahu terjebak dalam polemik sempit
  • Johor memberi kepercayaan penuh kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan hala tuju dan kerjasama masa depan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!