Elakkan ke lokasi terlibat proses nyah cemar

Anggota bomba dipakaikan PPE sebelum melaksanakan proses nyah cemar.
Anggota bomba dipakaikan PPE sebelum melaksanakan proses nyah cemar.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Orang awam dinasihatkan tidak mendekati beberapa lokasi yang terlibat dengan proses nyah cemar sempena Ops Sanitasi Awam Covid-19 di Kuala Muda dan Kota Setar atas faktor keselamatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, operasi tersebut turut melibatkan Majlis Perbandaran Sungai Petani dengan dipantau Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikannya mematuhi prosedur operasi standard.

Menurutnya, di daerah Kuala Muda, antara lokasi terlibat termasuklah Pasaraya Tesco Sungai Petani Utara dan Selatan, Pasaraya Billion, Pasar Awam Taman Sri Wang, Pasar Awam Taman Ria, Pasar Bisik, Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Stesen Bas Lama dan Flat Paya Nahu.

"Esok kita akan teruskan Ops Sanitasi Awam Covid-19 di Daerah Kota Setar antaranya Stesen Bas Shahab Perdana, Stesen KTM Anak Bukit, Terminal Feri Kuala Kedah, Pasar Kampung Berjaya, Pasar Teluk Wanjah dan Pasaraya Billion," katanya ketika menyertai Ops Sanitasi Awam Covid-19 Peringkat Negeri Kedah hari ini.

Pasar raya turut disenaraikan sebagai lokasi nyah cemar Ops Sanitasi Awam Covid-19 peringkat negeri Kedah.
Pasar raya turut disenaraikan sebagai lokasi nyah cemar Ops Sanitasi Awam Covid-19 peringkat negeri Kedah.

Menurutnya, antara agensi lain yang turut serta termasuk Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Polis Diraja Malaysia dan syarikat konsesi pembersihan, E-Idaman.

"Pemberitahuan awam juga telah dilakukan bagi memastikan tiada gangguan atau kekeliruan pada orang ramai," katanya.

Mengulas lanjut katanya, operasi nyah cemar hanya akan dilakukan di dua daerah tersebut yang telah pun mendapat nasihat KKM yang berpotensi berlakunya penularan di kawasan awam bagi mengelakkan risiko wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, proses nyah cemar dibahagikan kepada tiga pasukan di mana hanya 10 anggota dibenarkan menjalankan semburan cecair kimia berkenaan dalam setiap pasukan yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap.

Proses berkenaan dijangka akan diteruskan pada sebelah petang melibatkan pasar awam.

Sementara itu, pengamal media yang turut berada di lokasi membuat liputan proses nyah cemar juga diingatkan mematuhi langkah keselamatan bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19.