Pemuda rayu UMNO buka semula pintu kepada bekas pemimpin

Muhamad Akmal Saleh mohon pucuk pimpinan UMNO menerima kembali bekas ahli parti itu.
Muhamad Akmal Saleh mohon pucuk pimpinan UMNO menerima kembali bekas ahli parti itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – UMNO dirayu untuk membuka semula pintu kepada bekas pemimpin yang masih lagi sayangkan parti itu meskipun ada antara mereka telah menyertai parti lain.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, ini kerana parti itu hanya akan kembali kuat jika mereka berani saling memaafkan dan menyatu semula.

“Saya nak mohon kepada pucuk pimpinan parti, sudah-sudahlah kita bertelagah sesama sendiri. Kalau kita bercakap tentang sakit hati, sudah tentu Melayu tak dapat disatukan.

“Sebab itu saya dengan penuh kerendahan hati memohon supaya pintu UMNO masih lagi dibuka kepada mereka yang sayangkan parti walaupun ada antara mereka ini sedang digantung, dibuang dan sudah masuk parti lain.

“Masih lagi belum terlambat (untuk beri peluang kepada mereka semula) seperti mana yang Presiden UMNO sebut semalam ‘selamat kembali’ kepada mereka ini (sebagai pemerhati),” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO di Perhimpunan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • UMNO dirayu untuk membuka semula pintu kepada bekas pemimpin yang masih sayang parti
  • Parti akan kuat jika berani memaafkan dan menyatu semula
  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mengajak untuk menghentikan pertelagahan
  • Pintu UMNO dibuka bahkan kepada mereka yang telah digantung atau masuk parti lain
  • Ini dianggap belum terlambat untuk memberi peluang semula kepada mereka yang ingin kembali

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!