Nurulhidayah yakin Dr Akmal akan jadi ketua yang lebih kuat

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh diyakini mampu menerajui sayap parti itu dengan lebih baik selepas ini.
Keyakinan itu disuarakan Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dengan mengambil kira keupayaan beliau mendepani pelbagai cabaran.
“Alhamdulillah, dia sangat positif dan biasalah apabila dalam perjalanan dia menuju ke tempat yang lebih baik, pasti dia diuji sama ada dari segi mental, emosi dan segala-galanya.
“Dan saya rasa dia di landasan yang betul. Dia diuji kerana dia akan menjadi lebih kuat daripada sekarang. Insya-ALLAH.
“Saya juga berasakan Akmal akan membawa pemuda yang lebih baik selepas ini dan saya juga rasa Akmal akan menjadi seorang Ketua Pemuda yang lebih kuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Taklimat Bersama Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Rabu.
Ahmad Zahid mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh pada Selasa.
Ia susulan kenyataan Dr Muhamad Akmal bahawa beliu akan akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.
Sementara itu ditanya mengenai pertemuan Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah berkata, ia berlangsung secara harmoni.
“Pertemuan dengan Presiden pun berlangsung dengan harmoni dan saya rasakan Akmal tahu apa yang akan dia buat.
“Selain itu, Akmal juga tahu bagaimana dia nak bawa hala tuju pemuda selepas ni,” katanya.
Ringkasan AI
- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh diyakini mampu menerajui sayap parti dengan lebih baik
- Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menyatakan keupayaan Akmal mendepani pelbagai cabaran
- Nurulhidayah percaya Akmal akan membawa kemajuan pada sayap Pemuda UMNO dan menjadi ketua yang lebih kuat
- Pertemuan Akmal Saleh dengan Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka berlangsung secara harmoni
- Akmal Saleh akur dengan keputusan pimpinan tertinggi parti berhubung kedudukan jawatannya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

