Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara

Abu Bakar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di Kangar pada Rabu.
Abu Bakar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di Kangar pada Rabu.
A
A
A

MENTERI Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air.

Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.

"Kalau tiada keberatan, saya sendiri akan ambil tanggungjawab sebagai Presiden PFA. Kita perlu selesaikan isu pendaftaran dan pemilihan semula jawatankuasa terlebih dahulu sebelum bergerak ke hadapan,” katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di sini.

Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan bola sepak Perlis.

Menurutnya, jawatankuasa PFA sedia ada masih belum mengadakan sebarang mesyuarat walaupun sudah melepasi tempoh dua tahun, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju persatuan itu.

“Antara yang dibincangkan termasuk kemungkinan rombakan dalam PFA serta penyelesaian terhadap isu-isu lama yang masih membelenggu sejak 2019," ujarnya.

Jelasnya, antara isu utama yang perlu diberi perhatian ialah penggantungan PFA oleh FAM susulan aduan pemain import kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan tunggakan gaji.

Dalam pada itu, terdapat juga cadangan untuk menubuhkan pasukan baharu dengan nama lain, naming beliau berpendapat lebih baik mengekalkan nama Perlis demi maruah dan identiti negeri.

“Kita boleh daftar pasukan baharu dan guna nama lain, tapi sampai bila? Lebih baik kita kekalkan nama Perlis walaupun ada kos tertentu yang perlu diselesaikan,” katanya.

Tambah Abu Bakar, tiada sebarang dana kerajaan negeri akan disalurkan kepada PFA, sebaliknya pendekatan lebih berhemah dan bertanggungjawab akan diambil bagi memastikan kelangsungan pembangunan bola sepak negeri.

“Kita akan cari jalan penyelesaian tanpa membebankan kerajaan negeri. Apa yang penting sekarang adalah struktur pentadbiran PFA perlu diperbetulkan dahulu,” tambahnya.

Sebagai rekod, Singa Utara juga pernah menjuarai Liga Super 2005 selain dua kali menjulang Piala Sumbangsih.

Ringkasan AI

  • MENTERI Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis sebagai Presiden
  • Tujuan beliau adalah untuk mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang pernah menjuarai Piala Malaysia tahun 2004 dan 2006
  • Abu Bakar bertemu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk membincangkan pembangunan bola sepak Perlis
  • Dibincangkan juga kemungkinan rombakan dalam PFA dan penyelesaian terhadap isu lama seperti penggantungan PFA oleh FAM karena aduan pemain import
  • Tidak ada dana kerajaan negeri yang akan disalurkan kepada PFA, namun akan dicari jalan penyelesaian tanpa membebankan kerajaan negeri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!