'Jawatankuasa khas urus kemasukan semula bekas ahli UMNO' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC pada Jumaat.
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO menubuhkan sebuah jawatankuasa dirujuk Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk meneliti penyertaan semula mana-mana bekas ahli parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyertaan semula itu boleh dilakukan secara individu atau en bloc.

"Pintu rumah bangsa ini sentiasa terbuka luas. Di sini kita dilahirkan, justeru bagi menyambut kembali kepulangan saudara, adik-beradik, ahli keluarga kita, sebuah Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa akan ditubuhkan.

"Sejarah rumah bangsa ini tidak akan pernah terpadam. Dari rumah inilah lahirnya pelbagai parti dan gerakan politik Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.

Dalam pada itu Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menjelaskan, gagasan payung besar orang Melayu pernah cuba dibina tanpa UMNO, namun sejarah membuktikan ia tidak mendapat sambutan.

"Payung itu rebah kerana tidak berpaut kepada rumah asalnya. Kenapa perlu kepada payung andai rumah sudah tersergam indah.

"Dari rumah inilah lahirnya pelbagai parti dan gerakan politik Melayu (iaitu) Pas, Semangat 46, PKR, Bersatu, Pejuang, Warisan, GRS bahkan GPS sudah turut berkongsi satu roh kenegaraan.

"Ada yang lahir daripada konflik dan kekecewaan, ada yang muncul akibat perbezaan hala tuju dan wadah yang tidak selaras. Ini bukan sejarah untuk dibanggakan secara angkuh, tetapi perlu diinsafi dengan rendah hati. Politik Melayu- Islam tidak boleh terus berselerak," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • UMNO menubuhkan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk meneliti penyertaan semula bekas ahli
  • Penyertaan semula ahli boleh dilakukan secara individu atau en bloc
  • Pintu rumah bangsa sentiasa terbuka untuk menyambut kembali ahli keluarga
  • Sejarah menunjukkan gagasan payung besar orang Melayu tanpa UMNO tidak mendapat sambutan
  • Parti dan gerakan politik Melayu seperti PAS, PKR, dan Bersatu lahir dari UMNO

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!