Gara-gara selisih faham, ibu racun bayi 10 bulan sebelum ditemui mati

Sushma bersama anaknya berusia 10 bulan yang ditemui mati selepas didakwa diberi minum racun. - Agensi
Sushma bersama anaknya berusia 10 bulan yang ditemui mati selepas didakwa diberi minum racun. - Agensi
A
A
A

HYDERABAD – Seorang wanita didakwa meracun anak lelakinya yang berusia 10 bulan sebelum ditemui mati, dipercayai akibat perselisihan faham rumah tangga yang berlarutan dengan suaminya.

Wanita berkenaan dikenal pasti sebagai Sushma, 27 tahun, yang telah berkahwin sejak empat tahun lalu dengan Yashwanth Reddy, seorang akauntan bertauliah.

Ahli keluarga memaklumkan kepada pihak polis bahawa pasangan tersebut kerap bertengkar sejak kebelakangan ini.

Menurut pihak polis, Sushma telah pergi ke rumah ibunya, Lalitha, 44 tahun, bagi membuat persiapan membeli-belah untuk satu majlis keluarga.

Ketika berada di rumah tersebut, dia dilaporkan masuk ke dalam sebuah bilik bersama bayinya sebelum memberi racun kepada kanak-kanak itu.

Pada waktu malam, sekitar jam 9 malam, Yashwanth pulang dari tempat kerja.

Apabila mendapati pintu bilik tidur berkunci dari dalam, dia memecah masuk dan menemui isterinya serta anak mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kedua-duanya kemudiannya disahkan meninggal dunia dan Yashwanth segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Melihat keadaan anak perempuan dan cucunya terbujur kaku, Lalitha yang tidak dapat menanggung trauma tersebut didakwa cuba membunuh diri.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, dia sempat dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada pertikaian rumah tangga antara pasangan berkenaan.

Pihak polis telah menghantar mayat mangsa untuk proses bedah siasat dan kini sedang merakam keterangan daripada ahli keluarga serta saksi lain bagi mengenal pasti urutan sebenar kejadian.

Ringkasan AI

  • Seorang wanita didakwa meracun anak lelakinya yang berusia 10 bulan kerana perselisihan rumah tangga
  • Wanita tersebut, Sushma berusia 27 tahun telah berkahwin dengan Yashwanth Reddy, seorang akauntan
  • Pasangan tersebut sering bertengkar
  • Sushma memberi racun kepada anaknya ketika berada di rumah ibunya
  • Kedua-dua Sushma dan anaknya ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal oleh Yashwanth Reddy, suaminya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!