Nahas bas ekspres: Seorang penumpang meninggal dunia

 Seorang daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas ekspres di KM 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini awal pagi tadi, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Seorang daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas ekspres di KM 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini awal pagi tadi, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas ekspres di KM 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini awal pagi tadi, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa berusia 37 tahun merupakan seorang daripada lapan penumpang bas yang cedera parah dalam kemalangan yang berlaku pada 5.45 pagi itu.

Beliau berkata, turut mengalami kecederaan parah seorang penunggang motosikal dan pemandu lori yang menerima rawatan di hospital sama.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang sedang bergerak di lorong kanan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan kenderaan tersebut melintang di tengah lebuh raya.

"Pada masa sama, sebuah lori bonded dan sebuah motosikal yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kiri bas berkenaan menyebabkan penunggang dan pemandu lori itu mengalami kecederaan parah manakala pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan, tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 019-331 1552 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2222.

Sebelum ini, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan memaklumkan 15 cedera dengan tiga daripadanya dilaporkan parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dengan lori tiga tan di KM 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) antara Sungai Buaya dan Rawang, dekat sini awal pagi tadi.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan lapan daripadanya dirawat di zon hijau, empat di zon kuning dan tiga lagi di zon merah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang mangsa kemalangan bas di Lebuhraya Utara-Selatan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh
  • Mangsa meninggal berusia 37 tahun dari lapan penumpang yang cedera parah
  • Turut cedera parah adalah seorang penunggang motosikal dan pemandu lori
  • Kemalangan berlaku kerana bas hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!