Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam serangan di selatan Thailand - Wisma Putra

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung dalam serangan di Yala, Narathiwat dan Pattani di selatan Thailand, awal pagi Ahad.
Kementerian dalam satu kenyataan media menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang melancong ke kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi.
Kementerian turut menggalakkan rakyat Malaysia di wilayah berkenaan untuk mendaftarkan keberadaan mereka bagi memudahkan komunikasi dan bantuan segera sekiranya diperlukan.
Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +(66) 74 316 274 atau +(66) 81 990 1930.
Selain itu, mereka juga boleh dihubungi melalui talian tambahan di +(66) 74 324 004 atau +(66) 74 312 353, atau melalui e-mel di mwsongkhla@kln.gov.my.
"Kementerian akan terus memantau perkembangan berkenaan dengan teliti dan akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu. - Bernama
Ringkasan AI
- Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam serangan di Yala, Narathiwat, dan Pattani
- Rakyat Malaysia di kawasan terlibat disarankan berwaspada dan mengelakkan kawasan ketat keselamatan
- Rakyat Malaysia dinasihatkan patuh arahan pihak berkuasa tempatan dan mendapatkan maklumat terkini
- Rakyat Malaysia di wilayah berkenaan digalakkan mendaftar keberadaan untuk komunikasi dan bantuan
- Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla boleh dihubungi untuk bantuan konsul
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
