Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa patuhi perintah berkurung

Pandangan yang menunjukkan kesan serangan bom di stesen minyak PTT di wilayah selatan Narathiwat, Thailand pada 11 Januari - Foto: AFP
Pandangan yang menunjukkan kesan serangan bom di stesen minyak PTT di wilayah selatan Narathiwat, Thailand pada 11 Januari - Foto: AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang melawat wilayah Narathiwat digesa mematuhi perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand susulan siri insiden keganasan di tiga wilayah di selatan negara itu pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata perintah berkurung itu menghendaki orang awam berada di rumah dari 9 malam hingga 5 pagi.

"Mengambil kira perkembangan terbaharu ini, warganegara Malaysia yang menetap atau sedang melawat wilayah Narathiwat adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan perintah berkurung, manakala mereka yang berhasrat untuk ke wilayah tersebut hendaklah menangguhkannya sehingga situasi mengizinkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang berada di wilayah berkenaan adalah digalakkan supaya mendaftar keberadaan mereka dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +6674 311 062 / +6674 316 274 atau +6693 657 0707 (kecemasan sahaja) atau e-mel di mwsongkhla@kln.gov.my.

Pihak berkuasa Thailand berkata 11 stesen minyak di tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Yala dan Pattani menjadi sasaran serangan bom dan arson yang dilakukan secara serentak pada awal pagi Ahad mengakibatkan empat individu cedera. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rakyat Malaysia di Narathiwat diminta patuhi perintah berkurung kerana insiden keganasan
  • Perintah berkurung dari 9 malam hingga 5 pagi
  • Rakyat Malaysia disarankan tunda perjalanan ke Narathiwat
  • Rakyat Malaysia di wilayah tersebut digalakkan daftar keberadaan dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla
  • Serangan bom dan arson di Narathiwat, Yala, dan Pattani cedera empat individu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!