Azizulhasni raih emas acara keirin elit Siri Trek ASEAN

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila meraih pingat emas dalam acara keirin elit pada kejohanan Siri Trek ASEAN (Piala Presiden) 1 di Velodrom Nasional di Nilai pada Khamis.
Pelumba yang digelar "The Pocket Rocketman" itu mewakili Team Azizul itu menewaskan Dika Alif Dhentaka dari Indonesia, manakala tempat ketiga dimenangi To Cheuk Hei dari Hong Kong.
Dalam pada itu, dua lagi wakil Malaysia, Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang beraksi dalam cara final keirin, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima.
Sementara itu, dalam acara keirin wanita elit menyaksikan pelumba negara Nurul Alyssa Farid meraih emas selepas menewaskan rakan senegara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala pelumba Hong Kong, Cho Yiu Yeung menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. - Bernama
Ringkasan AI
- Azizulhasni meraih pingat emas dalam acara keirin elit pada kejohanan Siri Trek ASEAN
- Beliau mengalahkan Dika Alif Dhentaka dari Indonesia dan To Cheuk Hei dari Hong Kong
- Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima
- Nurul Alyssa Farid meraih emas dalam acara keirin wanita elit
- Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Cho Yiu Yeung menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
