X

Kindly register in order to view this article
!

Apa motif Saifuddin pilih Eric Paulsen wakili Malaysia ke AICHR: Nasrudin

Nasrudin Hassan
A
A

SHAH ALAM - Pas membantah pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Eric tidak layak mewakili negara untuk bercakap mengenai hak asasi manusia kerana sering menghina Islam.

"Apa motif sebenar Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah untuk melantik Eric?

"Umum mengetahui, Pas dan banyak NGO telah membantah ICERD. ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa yang mahu diratifikasi oleh Menteri Luar walaupun ditolak sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Saifuddin menyatakan, pemilihan Eric dibuat menerusi proses pemilihan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan secara khusus untuk meneliti dan menilai kesemua calon senarai pendek.

Mengulas lanjut, Nasrudin mendakwa, Saifuddin sekali lagi sengaja membuat provokasi dengan melantik individu yang biadab dan menghina Islam bagi mewakili negara untuk bercakap mengenai hak asasi manusia di Malaysia.

Justeru beliau meminta orang Islam bangkit menolak pelantikan Eric dan menggesa Saifuddin membatalkan pelantikan tersebut.

"Apa yang membimbangkan rakyat adalah segelintir menteri cuba membawa doktrin liberal dan anti Islam sebagai tokoh negara.

"Walhal, Malaysia mempunyai sendi utama yang berteraskan Islam, Melayu dan Raja Berperlembagaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!