Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Filipina

Gempa bumi itu berada pada jarak 129 km tenggara dari Bislig, Filipina. - Gambar hiasan.
Gempa bumi itu berada pada jarak 129 km tenggara dari Bislig, Filipina. - Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 11.03 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 7.4 darjah utara dan 127.1 darjah timur, dengan kedalaman 67 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 129 km tenggara dari Bislig, Filipina.

MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Filipina
  • Gempa bumi tersebut berpusat pada koordinat 7.4 darjah utara dan 127.1 darjah timur
  • Kedalaman gempa bumi itu adalah 67 kilometer
  • Berada pada jarak 129 km tenggara dari Bislig, Filipina
  • Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!