Pagar rumah tumbang ketika anak kecil buka sendiri

Tangkap layar sumber gambar daripada Nur Hazwanie
Tangkap layar sumber gambar daripada Nur Hazwanie
A
A
A

SHAH ALAM - Gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang teruja membuka pagar kediaman sendiri mencuri perhatian ramai apabila aksinya itu berakhir dengan insiden tidak dijangka, apabila pagar berkenaan tiba-tiba tumbang.

Kejadian yang berlaku pada 31 Disember lalu itu sempat dirakam oleh ibunya, Nur Hazwanie Ibrahim, 30, yang ketika itu sedang menunggu dalam keretanya.

Nur Hazwanie berkata, kejadian itu berlaku sebaik sahaja dia pulang dari tempat kerja bersama anaknya, Anggun Huwairaa.

Detik cemas pintu pagar terbalik.
Detik cemas pintu pagar terbalik.

Ujarnya, ketika itu, kanak-kanak tersebut bersungguh-sungguh menawarkan dirinya untuk membuka pagar rumah.

“Memandangkan sebelum ini tidak pernah jadi apa-apa, jadi saya izinkan. Pada masa sama, saya rekod pergerakan anak saya untuk kenangan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Namun, dalam sekelip mata, situasi ceria bertukar menjadi cemas apabila pagar itu tumbang dengan sendiri ketika ditolak.

Menurut Nur Hazwanie yang juga ibu kepada dua orang anak itu, Anggun Huwairaa tidak mengalami sebarang kecederaan memandangkan pagar tersebut tidak mengenainya.

Artikel Berkaitan:

“Saya terus panik, keluar dari kereta dan angkat anak masuk semula ke dalam kereta. Alhamdulillah, dia tak apa-apa.

“Kejadian itu disedari jiran kami yang kemudian datang bertanyakan keadaan sebelum bertindak membantu membaiki pagar berkenaan.

“Sekarang pagar dah okay. Cuma selepas ini, kena lebih berhati-hati. Pagar itu sudah lama, mungkin dah reput sebab karat,” ujarnya.

 

 

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak perempuan dua tahun teruja membuka pagar rumah sendiri tapi pagar tersebut tumbang
  • Kejadian ini berlaku pada 31 Disember dan dirakam oleh ibunya, Nur Hazwanie Ibrahim
  • Nur Hazwanie membiarkan anaknya, Anggun Huwairaa, membuka pagar sebagai pengalaman
  • Pagar tumbang ketika Anggun sedang menolaknya tapi tidak mengenainya sehingga tidak ada kecederaan
  • Jiran datang membantu membaiki pagar setelah insiden, dengan peringatan akan kepentingan menjaga keselamatan kerana usia pagar yang lama dan mungkin sudah berkarat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!