Bantuan bekalan makanan

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memulakan operasi penghantaran lebih 17 tan bekalan makanan asas kepada masyarakat Orang Asli di pedalaman, yang terputus hubungan darat akibat jalan rosak teruk dan berselut tebal susulan Monsun Timur Laut.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara JBPM Penguasa Kanan Mohd Ruzaidi Ramlee berkata operasi itu, dilaksanakan menggunakan helikopter jenis Mi-17-IV ke beberapa perkampungan Orang Asli, antaranya Pos Gob, Pos Simpor, Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Balar.
Beliau berkata operasi yang dijangka berlangsung selama empat hari itu melibatkan 22 kru penerbangan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
