Chegubard lancar ‘Ops Hiroshima’ bongkar penipuan perolehan ATM

Badrul Hisham
Badrul Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR – Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard memberi bayangan lebih banyak maklumat berkaitan dakwaan penipuan dalam pembekalan dan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan didedahkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, satu operasi khas yang dinamakan Ops Hiroshima akan dilancarkan bagi mendedahkan kontraktor-kontraktor yang didakwa terlibat dalam salah guna kuasa dan penipuan membabitkan perolehan melibatkan ketenteraan.

"Bersedialah kerana kami akan mendedahkan pembekalan dan perolehan tentera yang penuh dengan penipuan,” katanya ketika sidang akhbar di sini pada Selasa.

Menurut Badrul Hisham, antara penyelewengan yang dikenal pasti termasuk kes barangan yang langsung tidak dihantar tetapi bayaran tetap dibuat.

"Ini juga melibatkan pembekalan peralatan yang gagal ujian kualiti namun masih diarahkan untuk diterima dan digunakan.

"Ada juga kes barang dibekalkan tetapi gagal dalam ujian kualiti. Walaupun gagal ujian, barang itu tetap diarahkan supaya dihantar,” dakwanya.

Beliau turut mendakwa, pemotongan kualiti peralatan akibat rasuah telah mengundang risiko besar kepada keselamatan anggota tentera.

Sehubungan itu, Badrul Hisham menyeru seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk anggota, veteran, ahli keluarga dan rakyat Malaysia supaya bersatu hati bagi membersihkan institusi pertahanan negara daripada amalan rasuah serta salah guna kuasa.

"Saya menyeru supaya anggota ATM, warga ATM, keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia bersatu hati.

Artikel Berkaitan:

"Mari kita sama-sama membersihkan Angkatan Tentera Malaysia ini," katanya.

Ringkasan AI

  • Aktivis PETA, Chegubard memberi bayangan tentang pendedahan penipuan dalam perolehan ATM
  • Operasi khas Ops Hiroshima akan dilancarkan untuk mendedahkan penyelewengan kontraktor dalam perolehan ketenteraan
  • Penyelewengan termasuk kes pembayaran untuk barangan yang tidak dihantar dan peralatan gagal ujian kualiti tetap diterima
  • Pemotongan kualiti peralatan akibat rasuah membahayakan keselamatan anggota tentera
  • Badrul Hisham menyeru warga ATM dan rakyat Malaysia bersatu membersihkan institusi pertahanan dari rasuah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!