X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat kita degil tak bertempat

A
A

MERAK Jalanan tak boleh tahan ketawa apabila mendapat mesej yang viral melalui WhatsApp yang berbunyi ‘PM berucap tak sampai setengah jam dah faham pasal duit. PM berucap suruh duduk rumah, sampai sekarang tak faham-faham’.

Mesej itu menyindir segelintir rakyat yang masih tidak mematuhi Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) yang masuk hari ke-13 sejak dilaksanakan 18 Mac lepas.

Sikap degil, keras kepala dan pentingkan diri sendiri itu hanya menyusahkan banyak pihak terutama petugas barisan hadapan.

Tolonglah. Ini untuk kebaikan kita bersama. Setakat semalam, sudah 649 individu ditahan. Daripada jumlah itu, seramai 73 orang telahpun didakwa di mahkamah.

Ketika ditahan kebanyakannya beri alasan yang tidak munasabah. Inilah masalah sikap segelintir rakyat Malaysia. Suruh duduk rumah pun tak mahu.

Ada yang selamba pergi memancing, pergi joging di kawasan taman, ada yang pergi berkelah bersama keluarga. Pelik sungguh mereka ini.

Bila kena tahan dengan pihak berkuasa, masuk lokap dan kena dakwa di mahkamah barulah ada rasa sedikit penyesalan.

Merak Jalanan tak tahu nak nasihat apa kepada golongan ini. PM sudah merayu, pihak berkuasa pula sudah mengenakan tindakan yang keras.

Mungkin elok golongan yang degil dan keras kepala ini dihantar menjadi frontliners sama ada di hospital, jalan raya atau menghantar makanan. Ingat, jangan sampai kerajaan terpaksa umum total lockdown!


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus