'DAP juga tak perlu sibuk, beritahu apa MCA perlu buat' - Choo Seong

Choo Seong mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman MCA atau menentukan hala tuju parti tersebut.
Choo Seong mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman MCA atau menentukan hala tuju parti tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM – DAP diingatkan supaya tidak mencampuri urusan dalaman MCA atau menentukan hala tuju parti tersebut.

Ketua Penerangan Pemuda MCA yang juga Pengarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN), Neow Choo Seong berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

“Ingat, DAP juga tidak perlu sibuk dan beritahu apa MCA perlu buat. Cermin untuk anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Terdahulu, Anthony dilaporkan menasihatkan akar umbi DAP agar tidak mengikut rentak pihak lain serta tidak mudah diprovokasi berhubung isu desakan supaya parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Menteri Pengangkutan itu berkata, DAP tidak akan membuat sebarang keputusan berdasarkan tekanan mana-mana pihak, sebaliknya akan menentukan hala tuju parti mengikut pertimbangan sendiri demi kepentingan parti dan pengundi yang diwakili.

Kenyataan tersebut dipercayai susulan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mencabar DAP supaya meletakkan jawatan di Melaka memandangkan parti itu merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri yang diterajui BN.

Muhamad Akmal pada masa sama turut menggesa agar satu ketetapan dibuat supaya UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • DAP diingatkan oleh Ketua Penerangan Pemuda MCA untuk tidak mencampuri urusan MCA
  • Neow Choo Seong menegur DAP melalui hantaran di Facebook
  • Anthony Loke menasihati akar umbi DAP untuk tidak terprovokasi dengan desakan keluar dari Kerajaan Perpaduan
  • DAP akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri untuk kepentingan parti dan pengundi
  • Ketua Pemuda UMNO mencabar DAP untuk meletakkan jawatan di Melaka dan menggesa UMNO menarik diri dari Kerajaan Perpaduan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!