Tindakan AS di Venezuela cabuli undang-undang antarabangsa - PM

Tangkap layar hantaran Facebook berhubung tindakan AS ke atas Venezuela.
Tangkap layar hantaran Facebook berhubung tindakan AS ke atas Venezuela.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan menahan Presiden Venezuela Nicolas Maduro bersama isterinya oleh operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Caracas sebagai sesuatu yang luar biasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan AS itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa dan penggunaan kekerasan terhadap sebuah negara berdaulat.

Menurutnya, Maduro dan isteringa Cilia Flores perlu dibebaskan segera, sambil memberi amaran menyingkirkan seorang ketua kerajaan melalui campur tangan luar adalah satu tindakan tidak wajar.

"Ia menghakis penggunaan kuasa antara negra serta menjejaskan struktur undang-undang yang menyokong tatanan antarabangsa.

"Terpulang kepada rakyat Venezuela untuk menentukan masa depan politik mereka. Sejarah telah menunjukkan perubahan kepimpinan melalui campur tangan luar akan menyebabkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, apatah lagi di sebuah negara yang sekian lama bergelut dengan masalah ekonomi dan ketegangan sosial,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook ketika menyatakan kebimbangannya mengenai perkembangan semasa di Venezuela. 

Anwar berkata, Malaysia sentiasa menghormati undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sebagai asas utama hubungan baik antara negara.

"Hubungan yang membina, dialog serta usaha meredakan ketegangan kekal sebagai pendekatan paling wajar bagi mencapai keputusan yang melindungi dan membolehkan rakyat Venezuela merealisasikan aspirasi mereka tanpa sebarang kemudaratan,” kata beliau.

Presiden AS, Donald Trump berkata, tentera AS telah menahan Maduro bersama isterinya pada Sabtu dan diterbangkan ke New York. - Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Tindakan menahan Presiden Venezuela dan isterinya oleh tenteraan AS dianggap melanggar undang-undang antarabangsa
  • Anwar menuntut pembebasan Maduro dan mengkritik campur tangan luar
  • Menurut Anwar, perubahan kepimpinan melalui campur tangan asing boleh membawa lebih banyak keburukan
  • Anwar menekankan perlunya menghormati kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa
  • Beliau juga menyatakan pendekatan dialog dan mengurangkan ketegangan adalah cara terbaik dalam menghadapi isu Venezuela

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!