Pemuda jatuh longkang sedalam 10 kaki

Keadaan longkang sedalam 10 kaki sebelum pemuda itu diselamatkan pasukan bomba. - foto BBP Kluang
Keadaan longkang sedalam 10 kaki sebelum pemuda itu diselamatkan pasukan bomba. - foto BBP Kluang
A
A
A

KLUANG - Seorang pemuda berdepan detik cemas setelah terjatuh ke dalam longkang sedalam 10 kaki berhampiran kawasan pejabat kerajaan di Jalan Hashim, di sini pada Sabtu sebelum diselamatkan anggota bomba.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 2, Mohd Ridzuan. Mohamad Zait dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.55 pagi.

Katanya, satu jentera Fire Rescue Tender, satu unit perkhidmatan penyelamatan, perawatan kecemasan (EMRS) dan lapan anggota bomba dihantar ke lokasi sejauh 2 kilometer (km) sebaik menerima panggilan tersebut.

"Setibanya anggota bomba ke lokasi kejadian pada jam 9.58 pagi, didapati seorang pemuda berusia 18 tahun telah terjatuh ke dalam longkang di lokasi kejadian.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari dalam longkang berkenaan. - Foto BBP Kluang
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari dalam longkang berkenaan. - Foto BBP Kluang

"Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan tangga.

"Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Tambah Mohd Ridzuan, pada jam 10.05 keadaan di lokasi kejadian berjaya dikawal.

Artikel Berkaitan:

"Setelah memastikan kesemuanya dalam keadaan terkawal, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.15 pagi," katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang pemuda jatuh ke dalam longkang sedalam 10 kaki di Jalan Hashim, Kluang
  • Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi
  • Lapan anggota bomba dihantar untuk misi penyelamatan
  • Anggota bomba menggunakan tangga untuk mengeluarkan mangsa
  • Mangsa selamat tanpa sebarang kecederaan dan operasi penyelamatan berakhir pada jam 10.15 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!