Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada hingga esok

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula Rabu sehingga esok. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula Rabu sehingga esok. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula Rabu sehingga esok.

Dalam kenyataan pagi ini, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian (Serian) dan Samarahan, manakala tahap waspada di Serian (Tebedu), Sri Aman dan Betong.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di Sarawak
  • Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan
  • Tahap waspada di Serian (Tebedu), Sri Aman dan Betong
  • Maklumat cuaca boleh didapatkan melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial MetMalaysia
  • Masyarakat boleh menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk pertanyaan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!