Podcast Kolar Hitam inisiatif SPRM dekati masyarakat, kongsi informasi

Podcast Kolar Hitam dilancarkan SPRM bermula Januari sebagai inisiatif komunikasi dekati masyarakat.
Podcast Kolar Hitam dilancarkan SPRM bermula Januari sebagai inisiatif komunikasi dekati masyarakat.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan Podcast Kolar Hitam sebagai inisiatif komunikasi baharu menerusi pengenalan sebagai usaha mendekati masyarakat serta berkongsi informasi secara lebih terbuka dan santai.

Podcast yang akan bersiaran sebulan sekali itu bertujuan memberi gambaran lebih menyeluruh mengenai peranan SPRM.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, program ini bukan sahaja tertumpu kepada aspek penguatkuasaan dan operasi, malah merangkumi sektor pencegahan, pengurusan serta pendidikan yang menjadi teras utama agensi berkenaan.

“Kandungan podcast ini mengetengahkan naratif sebenar warga kerjanya dalam memerangi jenayah kolar putih, termasuk perbincangan berkaitan integriti, kemanusiaan dan realiti tugas penguatkuasaan dari pelbagai sudut pandang.

“Platform ini diwujudkan bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat mengenai fungsi dan inisiatif SPRM di samping menjadi sumber rujukan tambahan yang sahih serta informatif,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, podcast berkenaan akan terus dipertingkatkan dari segi kandungan, pemilihan tetamu serta kekerapan siaran pada masa hadapan selaras dengan sambutan dan maklum balas orang ramai.

Tambahnya, SPRM dan orang ramai dijemput untuk memberikan sokongan dan mengikuti Podcast Kolar Hitam menerusi saluran media sosial rasmi SPRM termasuk YouTube SPRM Malaysia dengan episod pertama dijadualkan bermula bulan ini.

“SPRM berharap inisiatif ini dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada masyarakat dalam memahami peranan serta tanggungjawab agensi itu secara lebih dekat dan berkesan,” ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan Podcast Kolar Hitam sebagai inisiatif komunikasi baru
  • Podcast ini akan bersiaran sebulan sekali untuk memberi gambaran lebih menyeluruh mengenai peranan SPRM
  • Program ini merangkumi aspek penguatkuasaan, operasi, pencegahan, pengurusan serta pendidikan
  • Kandungan podcast mengetengahkan naratif sebenar dalam memerangi jenayah kolar putih dan membincangkan integriti serta realiti tugas
  • Inisiatif ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat mengenai fungsi dan tanggungjawab SPRM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!