Laporkan sumbangan elak pertindihan: Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 29 Mac -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***
PUTRAJAYA, 29 Mac -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***
A
A
A

SHAH ALAM - Agihan sumbangan secara terus seperti topeng muka yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada agensi barisan hadapan dan orang ramai perlu dilaporkan bagi mengelak pertindihan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan tidak menghalang sumbangan secara terus namun perlu direkodkan.

"Kerajaan telah memutuskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menjadi 'focal point' untuk urusan penyaluran sumbangan melalui Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah.

"Nadma akan menguruskan penyelarasan antara agensi kerajaan bagi mengelakkan berlaku pembaziran dan pertindihan selain barangan yang tidak mematuhi spesifikasi.

"Orang ramai atau syarikat yang ingin memberikan sumbangan diminta member maklumat barangan sumbang bagi memudahkan proses pengagihan," katanya pada sidang media akhbar Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, sejumlah lima juta topeng muka akan tiba di negara ini beberapa hari lagi dan bekalan berkenaan akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan terlebih dahulu sebelum pengagihan percuma kepada orang ramai.

Sementara itu, beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat, SWCorp serta angkatan tentera Malaysia (ATM) akan menjalankan proses nyah cemar di kawasan berisiko tinggi seluruh negara esok.

"Antara kawasan yang akan dinyah cemar ialah Pasar Awam Jalan Othman, Petaling Jaya dan Kampung Sungai Ramal, Kajang," katanya.

Artikel Berkaitan: