Pahang, Johor diramal hujan lebat tahap buruk hingga Isnin

SHAH ALAM - Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing, Johor dijangka mengalami hujan lebat berterusan (tahap buruk) hingga Isnin ini.
Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 2 petang pada Sabtu.
MetMalaysia berkata, hujan lebat berterusan (tahap waspada) pula dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu, juga hingga Isnin (29 Disember).
"Ini termasuk beberapa kawasan di Pahang seperti Jerantut, Maran dan Bera manakala di Johor melibatkan Segamat, Kluang serta Kota Tinggi," katanya dalam kenyataan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.
Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Ringkasan AI
- Daerah Kuantan, Pekan, Rompin di Pahang dan Mersing di Johor dijangka mengalami hujan lebat hingga Isnin
- Amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia setakat kemas kini jam 2 petang pada Sabtu
- Hujan lebat juga dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu hingga Isnin
- Termasuk beberapa kawasan di Pahang seperti Jerantut, Maran, Bera dan di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Kota Tinggi
- Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

