Turkiye tahan lagi 357 anggota IS

ISTANBUL - Polis Turkiye menahan 357 suspek yang disyaki anggota kumpulan pengganas Islamic State (IS) dalam operasi menentang keganasan di 21 wilayah negara itu pada Selasa, lapor Xinhua.
Menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, operasi dilaksanakan serentak di bawah penyelarasan pejabat Ketua Pendakwa Raya serta Unit Risikan dan Antikeganasan.
"Sama seperti kita tidak pernah membenarkan mereka yang berusaha untuk menjatuhkan negara ini melalui keganasan untuk berjaya, kita tidak akan membenarkannya pada masa hadapan," katanya menerusi hantaran di platform X.
Terdahulu, Pejabat Ketua Pendakwa Raya Awam Istanbul melaporkan bahawa seramai 110 suspek telah ditahan dalam satu operasi besar-besaran di Istanbul.

Daripada jumlah itu, 41 individu dipercayai mempunyai kaitan dengan pelaku serangan maut di wilayah Yalova di barat laut negara itu pada Isnin, yang mengorbankan tiga anggota polis dan enam individu disyaki anggota IS dalam satu pertempuran senjata api.
Turkiye telah mempergiatkan operasi menentang IS sejak beberapa minggu kebelakangan ini, susulan penilaian risikan yang memberi amaran mengenai peningkatan ancaman keselamatan semasa tempoh cuti Tahun Baharu.
Ringkasan AI
- Polis Turkiye menahan 357 suspek anggota IS dalam operasi antikeganasan di 21 wilayah
- Operasi dilaksanakan serentak dengan penyelarasan dari pejabat Ketua Pendakwa Raya serta Unit Risikan Antikeganasan
- Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, berjanji tidak akan membenarkan keganasan menjatuhkan negara
- Di Istanbul, 110 suspek ditahan dalam satu operasi besar-besaran
- Peningkatan operasi antikeganasan berikutan amaran risikan tentang ancaman keselamatan semasa cuti Tahun Baharu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
